Seorang remaja perempuan yang dikhuatir lemas ketika berkelah di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat, masih gagal dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat.
Mangsa dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri dan berusia 13 tahun.